Rainbow Link by Tutorial Blogspot

Monday 14 March 2016

PERNIAGAAN TANPA MODAL

CARI UNTUNG TANPA MODAL

  • Perniagaan ambil upah melakukan sesuatu kerja daripada seseorang ataupun syarikat misalnya, mengambil upah menjahit baju, langsir dll, upah memasak untuk keduri dan sebagainya. Tapi sebelum menerima perkerjaan itu pastikan anda menerima wang pendahuluan daripada orang tersebut agar wang itu dapat dijadikan modal untuk melakukan kerja dan untuk mengelak daripada ditipu.
  • Perniagaan dropship. Dropship atau juga dikenali sebagai Dropshipping merupakan satu rantaian perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar (iaitu anda). Pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal harga produk dan servis yang dijual kepada pembeli. Tugas anda hanyalah untuk mempromosi produk yang dijual oleh pembekal dan melakukan urus niaga pesanan dengan pembeli.  Apa yang perlu anda buat adalah mencari DropShipper yang sah yang menawarkan servis Dropship kepada pengedar. Namun harus berhati-hati kerana penipuan mungkin boleh saja terjadi. Anda harus memilih syarikat yang sah dan telus dalam menjalankan perniagaan mereka. Pastikan anda menyiasat latar belakang DropShipper yang dipilih.
  • Perniagaan mengajar tusyen kepada budak sekolah. Jika anda berkebolehan untuk mengajar apa-apa subjek dalam pelajaran seperti subjek sains dan matematik maka anda boleh saja mengajar tusyen kepada mereka yang berminat.
  • Perniagaan mengajar budak dalam apa-apa jenis kemahiran yang dimiliki. Jika anda berbakat dalam sesuatu bidang contohnya anda mahir dalam bidang tenunan batik maka anda boleh mengambi upah mengajar orang yang berminat dalam bidang tenunan batik. Selain itu, jika anda berbakat dalam seni seperti tarian, nyanyian dan lakonan anda boleh saja mengajar mereka yang berminat dalam bidang tersebut.
  • Perniagaan menjual barang terpakai. Jika di rumah anda ada barang-barang yang terpakai yang anda tidak perlukan lagi tapi masih boleh di gunakan. Anda boleh saja menjual semula barang-barang tersebut dengan harga yang lebih murah. Perniagaan ini bukan saja memberi keuntungan tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran.

Selamat mencuba;)


No comments: