Rainbow Link by Tutorial Blogspot

Wednesday 3 February 2016

BIDADARI


SINOPSIS

Izz Haufal nama yang gah sering menjadi sebutan para penyarah dan para pelajar kolej. Terutama para pelajar wanita. Manakan tidak bukan sahaja kerana kebijaksanaan yang dimilikinya tapi juga rupa parasnya yang kacak dan tingkah lakunya yang persis seorang lelaki soleh sering menjadi idaman setiap wanita yang memadangnya. Namun disebalik semua keistimewaan yang dimilikinya dia sebenarnya hanyalah seorang pemudah miskin yang sering mengalami masalah kewangan dan keluarga. Hanya sahabat baiknya Syafiq tempat mengadu segala masalah. Nur Ainul Mardiah gadis manis berlensung pipit di pipi sering mengejar cinta Izz Haufal namun tidak pernah mendapat balasan kerana sifatnya yang angkuh, sombong dan suka berlagak dengan kekayaan sehingga ada yang menggelarnya Ahli Sihir. Izz Haufal merasakan kehadiran Nur Ainul Mardiah dalam kehidupannya akan membawa malang ditambah pula dengan tindakan nekad wanita itu untuk melamarnya tapi entah sejak bila kehadiran Nur Ainul Mardiah telah membawa perubahan yang tidak pernah diduganya. “Bersama mu semuanya kelihatan Indah. Entah sejak bila Ahli Sihir bertukar menjadi Bidadari”.


1
Alunan suara azan mengejutkan Izz Haufal daripada lena. Tangannya meraba-raba sisi katil mencari telefon miliknya. Waktu sudah menunjukkan jam 5.45 pagi. Dalam keadaan yang masih mengantuk izz mengagahkan dirinya untuk segera bangun. Dia menoleh kesisi, kelihatan Syafiq dan Aniq masih belum bangun.
            “Syafiq bangun! Aniq bangun! dah subuhni bangun!” kejut izz Haufal kepada teman sebiliknya.
            Syafiq segera membuka matanya kemudian mengangguk. Aniq yang tidur di sebelah Syafiq pula membuka mata kecil lalu menarik selimutnya dengan niat untuk menyambung tidur semula namun niatnya terbantut apabila Syafiq menarik selimutnya.
            “Kau tolong solatkan sekali untuk aku boleh?”  Aniq cuba menggagahkan diri untuk bangun sambil matanya tertutup. Aniq merasa sangat tidak cukup tidur kerana terpaksa menyiapkan tugasannya sehingga lewat malam.
            “Amboii! Boleh! bukan setakat solat, saya tolong bacakan yasin lagi nak! Ehh Bangunlah!” perli Syafiq sambil menggoncang-goncangkan badan Aniq. Izz Haufal tertawa kecil melihat gelagat rakan-rakannya. Mereka semua bingkas bangun  dan segera menunaikan solat subuh secara berjemaah.
             Keadaan bilik mereka yang agak kecil dengan dua buah katil serta dua buah alamari dan meja belajar membuatkan ruang bilik mereka kelihatan agak sempit untuk menunaikan solat secara berjemaah. Pada kebiasannya bilik itu hanya di duduki oleh Izz Haufal dan Syafiq namun baru kali ini Aniq tumpang bermalam di bilik mereka kerana perlu menyiapkan kerja berkumpulan bersama-sama.

Monday 1 February 2016

ZULFIKAR


SINOPSIS

Sebut sahaja nama Zulfikar bin Abdullah Hassan semua orang pasti memiliki impian untuk menjadi sepertinya. Manakan tidak Zulfikar satu-satunya waris seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Harta mereka bernilai billion ringgit. Sejak kecil Zulfikar hidup dalam kemewahan sehingga tidak mampu untuk berdikari. Sifat dan tingkah lakunya yang lembut dan manja seperti perempuan membuatkan dia sering kali dibuli dan ramai rakan-rakan sekelas yang menggelarnya Gamat. Hal inilah yang merisaukan ayahnya sehingga Zulfikar akhirnya di paksa untuk tinggal bersama-sama paciknya di Cairo Egypt bagi mengajarnya cara berdikari. Namun sesuatu yang tidak pernah diduga telah terjadi dan merubah segalanya apabila Zulfikar terlibat dalam satu peperangan antara palestin dan Israel. “Disebalik kelembutan ada kekerasan, disebalik ketenangan ada jiwa yang membara. Gamat akhirnya bertukar menjadi gergasi”.


 1

            Suasana agak kucar kacir. Bunyi letupan bom serta bunyi tembakan yang berdas-das kedengaran di sekeliling. Api yang marak memanaskan lagi keadaan. Pandangan ku kabur. Aku mendengar suara jeritan, pekikkan manusia yang meminta tolong. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan dan apa yang ku lihat satu bayangan wajah seperti seorang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 7 tahun menjerit melaungkan kalimah suci itu.

       “Allahuakhbar!” “Allahuakhbar!” “Allahuakhbar!”

        Aku terus berjalan mendekati kanak-kanak itu walaupun kakiku tercedera aku gagahi juga langkah ku. Lalu saat aku menghampiri mereka ku lihat beberapa orang tentera sedang mengacukan senapangnya diatas kepala kanak-kanak itu. Jantungku mula berdegup kencang. Air keringat mula membasahi pipi. Ku lihat tidak ada bayangan ketakutan pada wajah kanak-kanak itu. Apa yang ada hanyalah semangat yang membara.  Tiba-tiba salah seorang tentera itu melepaskan tembakan. Aku tergamam melihat situasi itu. Aku terjatuh tidak berdaya, perlahan-lahan pandangan ku menjadi kabur..