Rainbow Link by Tutorial Blogspot

Tuesday 29 March 2016

LAWATAN KE KAMPUNG NANAMUN KOTA BELUD

Assalamualaikum semua. hari ni nizza nak kongsi cerita pasal lawatan ke kampung Nanamun Kota belud, Sabah anjuran JKKN Sabah. Lawatan berlansung selama tiga hari dan terdiri daipada ahli JKKN, artis tempatan sabah dan para pelajar daripada universiti dan kolej... Semasa lawatan pelbagai aktiviti telah kami lakukan dan antara aktiviti yang paling menarik adalah bila kami diberi peluang untuk melihat keindahan malam di kampung tersebut. Seronok sangat bila kami berpeluang untuk menaiki bot sambil melihat kunang-kunang malam. Jumlah kunang-kunang tu sangat banyak dan boleh dilihat dari jarak yang dekat hinggakan kami berpeluang untuk menyentuh kunang-kunang tersebut. Sebenarnya tempat tu merupakan salah satu tempat pelancongan di Sabah dan kalau nak naik bot tu perlu bayar sejumlah wang tapi sebab kami di bawah JKKN dapat lah free.. hihi

Selain itu kami juga berpeluang untuk mempunyai keluarga angkat sendiri disana. Setiap orang daripada kami akan tinggal di tempat keluarga angkat masing-masing yang telah di pilihkan untuk kami. Penduduk kat kampung tu baik-baik semua. Mula- mula tinggal kat keluarga angkat memang rasa janggal sangat tapi bila dah lama-lama sikit rasa ok dan seronok sebenarnya bila dapat keluarga baru.

Aktiviti lain yang kami buat kat sana adalah seperti senam robik, gotong-royog membersihkan kawasan pantai, malam kebudayaan, kursus jenazah dan yang paling best juga adalah acara masak beramai-ramai. Kami berpeluang memasak dan merasa masakan tradisi suku kaum Iranun. Sedap!..


Kat bawa ni nizza sertakan beberapa keeping gambar kenangan bersama penduduk kampung, artis sabah dan para pelajar kolej dan universiti.



No comments: