Assalamualaikum semua. hari ni nizza
nak kongsi cerita pasal lawatan ke kampung Nanamun Kota belud, Sabah anjuran
JKKN Sabah. Lawatan berlansung selama tiga hari dan terdiri daipada ahli JKKN,
artis tempatan sabah dan para pelajar daripada universiti dan kolej... Semasa
lawatan pelbagai aktiviti telah kami lakukan dan antara aktiviti yang paling
menarik adalah bila kami diberi peluang untuk melihat keindahan malam di
kampung tersebut. Seronok sangat bila kami berpeluang untuk menaiki bot sambil
melihat kunang-kunang malam. Jumlah kunang-kunang tu sangat banyak dan boleh
dilihat dari jarak yang dekat hinggakan kami berpeluang untuk menyentuh
kunang-kunang tersebut. Sebenarnya tempat tu merupakan salah satu tempat
pelancongan di Sabah dan kalau nak naik bot tu perlu bayar sejumlah wang tapi
sebab kami di bawah JKKN dapat lah free.. hihi
Selain itu kami juga berpeluang untuk mempunyai keluarga angkat sendiri
disana. Setiap orang daripada kami akan tinggal di tempat keluarga angkat
masing-masing yang telah di pilihkan untuk kami. Penduduk kat kampung tu
baik-baik semua. Mula- mula tinggal kat keluarga angkat memang rasa janggal
sangat tapi bila dah lama-lama sikit rasa ok dan seronok sebenarnya bila dapat
keluarga baru.
Aktiviti lain yang kami buat kat sana adalah seperti senam robik, gotong-royog
membersihkan kawasan pantai, malam kebudayaan, kursus jenazah dan yang paling
best juga adalah acara masak beramai-ramai. Kami berpeluang memasak dan merasa
masakan tradisi suku kaum Iranun. Sedap!..
Kat bawa ni nizza sertakan beberapa keeping gambar kenangan
bersama penduduk kampung, artis sabah dan para pelajar kolej dan universiti.
No comments:
Post a Comment