Rainbow Link by Tutorial Blogspot

Wednesday, 20 April 2016

TUTORIAL CARA NAK LETAK BACKGROUND DALAM POST





Assalamualaikum,

kalau ada yang rasa bosan dengan background lama. Kita boleh buat kelainan dengan menukar     background baru pada post.

  Caranya ialah:

  1) Sign in akaun blogger anda

  2) Dashboard > New Post > Klik tab Edit HTML (sebelah compose)

  3) Copy paste kod di bawah:




                                         

   Contoh URL gambar background:



http://mycutegraphics.com/backgrounds/cute/th-cutebg24.gif


http://mycutegraphics.com/backgrounds/cute/th-cutebg24.gif



http://mycutegraphics.com/backgrounds/cute/th-cutebg50.gif

http://mycutegraphics.com/backgrounds/cute/th-cutebg50.gif

http://content.mycutegraphics.com/backgrounds/cute/doublebg5-2.gif

http://content.mycutegraphics.com/backgrounds/cute/doublebg5-2.gif



http://www.mycutegraphics.com/backgrounds/plaid/th-plaid32.gif
http://www.mycutegraphics.com/backgrounds/plaid/th-plaid32.gif


     Kalau nak background yang lebih banyak pilihan dan comel boleh terus ke http://www.mycutegraphics.com


  Lepas copy boleh clik semula compose dan lihat hasinya. Kalau berjaya boleh terus save.


  Selamat mencuba :)




Sunday, 3 April 2016

KISAH KU DI FESTIVAL FILM KE-9 UITM



Assalamualaikum,

Kali nizza nak kongsi cerita kenangan bersama rakan-rakan di festival film UITM. Sebenarnya cerita ni dah agak lama tapi masa nizza tengok gambar-gambar lama terjumpa pula gambar ni dan nizza rasa nak kongsi kenangan ni dengan semua. hehe.

Nizza dan rakan-rakan diminta untuk menjadi penari masa fetival film tersebut. Festival film ni memang sangat gempak sebab ramai artis-artis yang terkenal turut datang memeriahkan suasana antaranya ialah Farid Kamil dan Neelofa sebagai pengacara, Mawi, Dato M.Nasir, Lisa Surihani, Yusri, Tasha shilla, Dato David teo dan ramai lagi.

Gambar-gambar di bawah ni diambil masa festival filem tersebut. Tapi tak semua gambar artis nizza sempat ambil, maklumlah terpaksa duduk belakang stage sebab nak menari. kejap-kejap je boleh keluar.. hihi. Ada gambar-gambar yang lain tu pun nizza dapatkan daripada kawan-kawan.







 



Ok cukup la dulu dengan gambar tu. hehe :)


Friday, 1 April 2016

CARA ATASI MASALAH OPEN WITH PADA WINDOW 7



Assalamualaikum semua.. entry kali ni nizza nak kongsi cara nak atasi masalah open with pada window 7.

Pernah tak sesiapa yang pernah menghadapi situasi seperti masa nak buka satu file tu guna open with tiba-tiba semua file pada desktop bertukar menjadi default program yang kita nak buka tu.  Cotohnya masa nak buka document Microsoft word. Kita buka open with dpf. Lepas tu tiba-tiba bukan sahaja document tu yang bertukar menjadi pdf tapi file-file yang lain pun bertukar jadi pdf. Siapa yang pernah hadapai masalah ni memang rasa stress sangat. Sampai rasa nak installed  balik semua file.
Tapi Alhamdulillah nasib baiklah nizza terjumpa cara nak atasi masalah tersebut. Tanpa installed balik semua file. Cara nak kembalikan semula tetapan pada window 7 ke tetapan/pengaturan awal ialah dengan membuat user account yang baru dan menghapus user account yang lama.

Cara nak buat user account baru

Cari control panel- click user account- click manage another accounts- create new account- hapus/padam account lama- done




Create account baru:

·         Pastikan anda menukar jenis account (click change your account type) standard user kepada administrator. 

Delete account lama:

·         Lepas anda tekan delete account akan ada dua pilihan iaitu samaada delete file atau keep file. Kalau masih nak simpan file daripada account lama tu sila tekan keep file. Agar file daripada account lama tak hilang.
·         Peringatan! Sebelum delete account lama sila copy semua document daripada account lama kerana kemungkinan document daripada account lama akan ada yang terpadam.

SELAMAT MENCUBA
Kalau ada sesiapa yang tahu cara lebih baik untuk mengatasi masalah open with pada window 7 ni mohon kongsi yerr.. agar semua dapat manfaatnya. Thanks

Wednesday, 30 March 2016

PROMOSI HEBAT SEHINGGA 08/04/2016

WC5002 JUBAH 

PRICE: (TERMASUK POSTAGE)   

SEM: 

HARGA ASAL : beli 1 = RM 69 - beli 2= RM 138

NOW :  beli 1 = RM 65 - beli 2= RM 129
          

S/S: 

HARGA ASAL : beli 1 = RM 73 - beli 2= RM 146

NOW : beli 1 = RM 69 - beli 2= RM 137
          

LENGTH: 144CM 
BUST: 106CM 
SHOULDER: 42CM 
SLEEVE: 58CM 
ARM HOLE: 56CM 
SIZE: FREE SIZE ,
 ANGGARAN MUAT SAMPAI L 
MATERIAL: LYCRA + PRINTED COTTON 
*PINGGANG BERGETAH DAN ADA TALI DIBELAKANG* 

BERMINAT BOLEH PM ( Whatsapp/Telegram: 0145519713)







from : washfadropship.blogspot.my

PROMOSI HEBAT SEHINGGA 08/04/2016




Tuesday, 29 March 2016

LAWATAN KE KAMPUNG NANAMUN KOTA BELUD

Assalamualaikum semua. hari ni nizza nak kongsi cerita pasal lawatan ke kampung Nanamun Kota belud, Sabah anjuran JKKN Sabah. Lawatan berlansung selama tiga hari dan terdiri daipada ahli JKKN, artis tempatan sabah dan para pelajar daripada universiti dan kolej... Semasa lawatan pelbagai aktiviti telah kami lakukan dan antara aktiviti yang paling menarik adalah bila kami diberi peluang untuk melihat keindahan malam di kampung tersebut. Seronok sangat bila kami berpeluang untuk menaiki bot sambil melihat kunang-kunang malam. Jumlah kunang-kunang tu sangat banyak dan boleh dilihat dari jarak yang dekat hinggakan kami berpeluang untuk menyentuh kunang-kunang tersebut. Sebenarnya tempat tu merupakan salah satu tempat pelancongan di Sabah dan kalau nak naik bot tu perlu bayar sejumlah wang tapi sebab kami di bawah JKKN dapat lah free.. hihi

Selain itu kami juga berpeluang untuk mempunyai keluarga angkat sendiri disana. Setiap orang daripada kami akan tinggal di tempat keluarga angkat masing-masing yang telah di pilihkan untuk kami. Penduduk kat kampung tu baik-baik semua. Mula- mula tinggal kat keluarga angkat memang rasa janggal sangat tapi bila dah lama-lama sikit rasa ok dan seronok sebenarnya bila dapat keluarga baru.

Aktiviti lain yang kami buat kat sana adalah seperti senam robik, gotong-royog membersihkan kawasan pantai, malam kebudayaan, kursus jenazah dan yang paling best juga adalah acara masak beramai-ramai. Kami berpeluang memasak dan merasa masakan tradisi suku kaum Iranun. Sedap!..


Kat bawa ni nizza sertakan beberapa keeping gambar kenangan bersama penduduk kampung, artis sabah dan para pelajar kolej dan universiti.