Rainbow Link by Tutorial Blogspot

Friday, 22 April 2016

PENGALAMAN SHOOTING KELAS SEBELAH (1) RTM

in 4 3 2 1 action!


Assalamualaikum,

Siapa pernah tengok Sitkom Kelas Sebelah musim pertama di TV 1 RTM?
Sitkom Kelas Sebelah ni memaparkan kisah pelajar kelas sebelah yang tersangat nakal dan sering memberi masalah kepada guru-guru dan orang lain. Terdapat pelbagai cerita lucu yang berlaku.Namun disebalik semua itu sitkom kelas sebelah ini sebenarnya bertujuan untuk membantu memperkasa penggunaan bahasa Malaysia yang betul kepada masyarakat. Menariknya tentang cerita ni ialah penulis cerita ni adalah bukan melayu iaitu Loh Chung Tat.
Menariknya, penulis skrip Kelas Sebelah ialah bukan Melayu iaitu Loh Chung Tat dan ini memberikan kelainan terhadap drama ini. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107221?m=1#sthash.fkG0CqPf.dpuf

Kelas Sebelah ni adalah shooting pertama yang saya sertai bersama RTM. Pelbagai pengajaran berguna yang saya perolehi sepanjang shooting berlangsung. Ramai kawan-kawan saya yang kata saya bertuah sebab dapat sertai shooting Kelas Sebelah namun tak ramai yang tahu cabaran yang saya terpaksa tempuhi sepanjang shooting berlangsung. Antara cabaran yang perlu saya tempuhi adalah terpaksa pergi kerja dalam  pukul 6 pagi dan balik dalam pukul 12 hingga 3 pagi setiap hari, lepas tu terpaksa jaga conti pakaian, make-up dan prop untuk 13 episod. Sangat tidak tentu hala lagi bila kita dah inform kat bahagian prop, make up dan kostum untuk episod dan scene hari tu tapi tiba-tiba pengarah nak ubah buat episod dan scene lain. kelam kabut jadinya hingga ada artis yang bengang lepas tu salahkan saya dan tunjuk******. Tapi saya cuma ikut arahan pengarah je. Kalau pengarah dah suruh tukar scene saya terpaksa la ikut. Suatu hal yang paling mencabar lagi adalah bila ada seorang tu sangat suka buat cerita tentang nizza. Depan saya dia baik je tapi kat belakang cuma Allah saja yang tahu. dia burukkan saya dekat semua orang. Sampaikan saya nak pergi sembahyang pun dia jadikan isu. Sabar jelah. Ikutkan hati nak sangat tinggalkan tempat shooting tapi nasib baik nak cari ilmu punya pasal. bertahan jugalah sampai akhir. Moga Allah swt memberi hidayah kepada orang-orang itu. Aamiin

Walaubagaimanapun, pengalaman bersama RTM tidak pernah membuat nizza serik untuk sertai mana-mana shooting/pengambaran bersama RTM atau pun produksi lain kerana setiap kisah yang Tuhan lakarkan untuk saya pastinya tiada yang sia-sia. Disamping pengalaman buruk itu tersingkap pelbagai hikmah yang dapat saya pelajari dan jadikan pegangan hidup. Satu pelajaran penting yang saya perolehi semasa shooting ialah sebelum kita membuat apa-apa keputusan perlu fikirkan kesan dan situasi yang akan terpaksa dihadapi oleh orang lain akibat tindakan tersebut.

Dalam setandan pisang tak semuanya buruk. Biasalah kat mana-mana pun pasti ada seorang dua yang perangainya teruk. "Tiada manusia yang sempurna". Pengalaman ini ditulis bukan untuk memburukkan RTM tetapi hanyalah sekadar menceritakan pengalaman. Ilmu yang saya perolehi bersama RTM sebenarnya tidak ternilai berbanding dangan kesukaran dan cabaran yang terpaksa di tempuh.hehe.

Good Luck RTM & moga success selalu :)

















Malaysia yang betul kepada masyarakat.

7 comments:

Madam N said...

bertuahlah..dpt shooting

Madam N said...

ada nak pakai pelakon x? my sis budak sekolah seni malaysia, selalu praktis theater.kalau ada nak pakai pelakon leh dia join

Nizza said...

ohh ye ke.. buat masa sekarang ni tak ada lagi pengarah yang saya kenal nak cari pelakon. tapi kalau ada nanti saya informkan di blog. :)

Naja said...

wahh.untung nya.tapi tulah,lelah dengan perangai manusia ni.haha,sabar je lah.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

wahhh untung tu. =) xpe niza, apa yg berlaku jd kan pengajaran. Ni semua pengalaman yg mematang kan kita pd masa dpn. Manusia mmg mcm2 ragam. Sabar ye dear. =)

Nizza said...

InsyaAllah, thanks atas nasihat itu :)

Ain Athirah said...

Bertuahnya awak :) Ohh saya followbalik. Thankyou follow kita ^^