SINOPSIS
Sebut sahaja nama Zulfikar bin Abdullah
Hassan semua orang pasti memiliki impian untuk menjadi sepertinya. Manakan tidak
Zulfikar satu-satunya waris seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia.
Harta mereka bernilai billion ringgit. Sejak kecil Zulfikar hidup dalam
kemewahan sehingga tidak mampu untuk berdikari. Sifat dan tingkah lakunya yang lembut dan manja seperti perempuan membuatkan dia sering kali dibuli dan ramai
rakan-rakan sekelas yang menggelarnya Gamat. Hal inilah yang merisaukan
ayahnya sehingga Zulfikar akhirnya di paksa untuk tinggal bersama-sama paciknya
di Cairo Egypt bagi mengajarnya cara berdikari. Namun sesuatu yang tidak pernah
diduga telah terjadi dan merubah segalanya apabila Zulfikar terlibat dalam satu
peperangan antara palestin dan Israel. “Disebalik kelembutan ada kekerasan,
disebalik ketenangan ada jiwa yang membara. Gamat akhirnya
bertukar menjadi gergasi”.
1
Suasana agak kucar kacir. Bunyi letupan bom serta bunyi
tembakan yang berdas-das kedengaran di sekeliling. Api yang marak memanaskan
lagi keadaan. Pandangan ku kabur. Aku mendengar suara jeritan, pekikkan manusia
yang meminta tolong. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan dan apa yang ku lihat
satu bayangan wajah seperti seorang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 7
tahun menjerit melaungkan kalimah suci itu.
“Allahuakhbar!” “Allahuakhbar!” “Allahuakhbar!”
No comments:
Post a Comment