SINOPSIS
Izz Haufal nama yang gah sering menjadi sebutan para penyarah dan para pelajar kolej. Terutama para pelajar wanita. Manakan tidak bukan sahaja kerana kebijaksanaan yang dimilikinya tapi juga rupa parasnya yang kacak dan tingkah lakunya yang persis seorang lelaki soleh sering menjadi idaman setiap wanita yang memadangnya. Namun disebalik semua keistimewaan yang dimilikinya dia sebenarnya hanyalah seorang pemudah miskin yang sering mengalami masalah kewangan dan keluarga. Hanya sahabat baiknya Syafiq tempat mengadu segala masalah. Nur Ainul Mardiah gadis manis berlensung pipit di pipi sering mengejar cinta Izz Haufal namun tidak pernah mendapat balasan kerana sifatnya yang angkuh, sombong dan suka berlagak dengan kekayaan sehingga ada yang menggelarnya Ahli Sihir. Izz Haufal merasakan kehadiran Nur Ainul Mardiah dalam kehidupannya akan membawa malang ditambah pula dengan tindakan nekad wanita itu untuk melamarnya tapi entah sejak bila kehadiran Nur Ainul Mardiah telah membawa perubahan yang tidak pernah diduganya. “Bersama mu semuanya kelihatan Indah. Entah sejak bila Ahli Sihir bertukar menjadi Bidadari”.

1
Alunan
suara azan mengejutkan Izz Haufal daripada lena. Tangannya meraba-raba sisi
katil mencari telefon miliknya. Waktu sudah menunjukkan jam 5.45 pagi. Dalam
keadaan yang masih mengantuk izz mengagahkan dirinya untuk segera bangun. Dia
menoleh kesisi, kelihatan Syafiq dan Aniq masih belum bangun.
“Syafiq bangun! Aniq bangun! dah
subuhni bangun!” kejut izz Haufal kepada teman sebiliknya.
Syafiq segera membuka matanya
kemudian mengangguk. Aniq yang tidur di sebelah Syafiq pula membuka mata kecil
lalu menarik selimutnya dengan niat untuk menyambung tidur semula namun niatnya
terbantut apabila Syafiq menarik selimutnya.
“Kau tolong solatkan sekali untuk
aku boleh?” Aniq cuba menggagahkan diri
untuk bangun sambil matanya tertutup. Aniq merasa sangat tidak cukup tidur
kerana terpaksa menyiapkan tugasannya sehingga lewat malam.
“Amboii!
Boleh! bukan setakat solat, saya tolong bacakan yasin lagi nak! Ehh Bangunlah!”
perli Syafiq sambil menggoncang-goncangkan badan Aniq. Izz Haufal tertawa kecil
melihat gelagat rakan-rakannya. Mereka semua bingkas bangun dan segera menunaikan solat subuh secara
berjemaah.
Keadaan bilik mereka yang agak kecil dengan dua
buah katil serta dua buah alamari dan meja belajar membuatkan ruang bilik
mereka kelihatan agak sempit untuk menunaikan solat secara berjemaah. Pada
kebiasannya bilik itu hanya di duduki oleh Izz Haufal dan Syafiq namun baru
kali ini Aniq tumpang bermalam di bilik mereka kerana perlu menyiapkan kerja
berkumpulan bersama-sama.